Sunday, September 21, 2008

From BELAGA to GOMEH

Assalamualaikum w.b.....
Salam kepada semua sahabat yang berada di seluruh negara....sekarang aku dah berada di negeri yang paling banyak negerinya. Apa lagi kalau bukan negeri Sembilan(bukan Semilang ok). Dulu waktu 'first posting' aku kene kat negeri Sarawak, Bumi Kenyalang, pastu dapat pulak tempat paling hulu..rasa-rasa korang penah dengar tak nama tempat tu?? Pasti ramai yang tak pernah dengar kan? Eja pun elok-elok "BELAGA", sebuah daerah dalam bahagian Kapit.

Belaga terkenal dengan macam-macam benda. sebagai daerah paling pedalaman di negeri Sarawak, dekat sinilah juga kita boleh jumpa ramai suku kaum yang mengisi perut negeri ini. mereka yang lebih dikenali sebagai 'Orang Ulu' terdiri daripada banyak bangsa atau kaum. antara yang femes iolah Penan, Sihan, Kayan, Kenyah dan many more lagi laaa...sampaikan kalau aku nak tulis sume..baik aku buat web khas untuk kaum diaorang je. apapun sejak aku meninggalkan Belaga, banyak kenangan manis, pahit dan pelbagai perasa lagi aku dapat. anyway aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak memberi penggalaman kepada diri ini.

No comments: